#

Aku rasa aku sedang bercinta. Cuma aku belum pasti. Seperti yang dulu, akulah yang mulakan. Dan seperti yang dulu, aku masih menunggu jawapan. Atau ianya sudah dijawab. Cuma aku yang buta tak melihat. 

Ragu-ragu. Takut hanyut dalam rasa sendiri. Sebab aku pernah merasa bagaimana hanyut dengan rasa sendiri. Memasang angan yang kosong semata. Menulis impian yang cumalah sekadar mimpi. Akhirnya, luka sendiri.

Lagi satu, dia sedang merangka untuk bergerak jauh dari tempat yang mudah untuk aku tuju. Mungkin jika hubungan ini menjadi, bakal ada satu lagi hubungan yang cuma bergantung pada suara dan tulisan mesej di handphone. Hubungan tanpa bersua muka. Tanpa sentuhan fizikal. Sebenarnya aku bosan dengan hubungan sebegitu. Hubungan sebegitu bukan mudah untuk dibuat. Apatah lagi dikekalkan.

Ada suara berkata, hubungan sebegitu boleh menjadi asalkan pegang pada kejujuran, ikhlas, setia, yakin dan macam-macam lagi perkataan untuk menyedapkan hati. Itu suara yang pernah aku dengar dulu. Dan aku ulangi, itu cuma untuk menyedapkan hati. Kesemua perkataan menyedapkan hati itu tidak akan dapat membuang dan menandingi satu perkataan. Cemburu.

Lihat, aku sudah mula memasang angan.  Sedangkan itu semua belum pasti.

2 comments:

PK said...

Cemburu. Bila sudah muncul semua rasa akan hilang.

catherine- said...

saya sudah melaluinya beberapa kali. dan kesudahannya hanyalah kecewa.

pls think about it.angan2 bukan x boleh.tapi berpijaklah di bumi yang nyata.


saya doakan awak menemui apa yang awak cari selama ini.

nice blog :)