Antara kita berdua

Ada bilik kosong. Di dalam bilik itu ada dua kerusi. Diletakan di dinding bilik secara bertentangan. Aku dan kau duduk di kerusi itu. Kita duduk mengadap antara satu sama lain. Saling memandang wajah, meneliti gerak gaya, tanpa kita bersuara.

Dalam bilik itu ada satu mentol lampu di atas siling. Berfungsi dengan baik. Tapi, mentol lampu itu berada lebih hampir dengan kau berbanding aku.

Bilik itu luas dan cahaya mentol lampu itu cuma dapat menerangi kau. Aku cuma dapat sedikit. Aku duduk dalam keadaan sedikit gelap dan kau melihat aku dalam kesamaran. Sebaliknya, kau berada di kerusi yang jelas untuk aku lihat.

Sampai satu masa, pintu bilik itu di buka. Kita bangun dan bergerak keluar dari bilik itu. Mengambil haluan masing-masing dengan aku mengenali kau lebih dari kau mengenali aku.

5 comments:

catherine- said...

lelaki

suka sgt berahsia.

miSs Zie said...

da mcm polis ngn banduan da..haha ;p

Bukan Malaikat said...

Catherine dan miss Zie: terima kasih krn melawat blog ini.

Sutera_suci said...

Secret admirer?

Bukan Malaikat said...

sutera suci, boleh juga di ibaratkan sebegitu.