Topeng emosi

Aku sentiasa memakai topeng. Topeng emosi. Bagi menyorok segala kecacatan yang ada pada emosi aku. Dengan topeng itu, aku akan lebih stabil bila berhadapan dengan kau, dengan dia, malah dengan siapa-siapa saja.

Mungkin topeng emosi itu akan kau gelar sebagai hipokrit.

Mungkin juga topeng emosi itu akan kau gelar sebagai pengecut.

Kau gelar apa saja yang kau suka. Selagi topeng emosi itu mampu membuatkan kau merasa selesa dengan kehadiran aku sebagai manusia ketika ini, aku tidak kisah. Selagi topeng itu mampu kau pandang indah macam pelangi yang ada tujuh warna, tanpa ada satu garisan hitam yang membuatkan kau merasa gelap dan kelam.

Aku yakin di luar sana, ada ramai yang memakai topeng emosi seperti aku. Walau pun ada yang tak menyedari mereka sedang memakainya. Malah sampai satu ketika bila mereka sedar akan topeng emosi mereka itu, mereka terduduk lalu menyalahkan tuhan.

Aku harap aku tak akan sampai tahap sebegitu. Menyatakan diri aku ini sempurna dihadapan kau sedangkan aku cuma seorang manusia biasa yang menyembunyikan emosi dibalik satu topeng yang kau pandang cukup sempurna.

Mungkin pada satu ketika nanti, kau sedar akan topeng yang aku pakai ini. Itu pun kalau kau mampu menggunakan akal yang waras dan menilai aku dengan betul.

Dan aku takkan berhenti menggunakan topeng emosi ini sampai mati selagi aku melihat kau masih memerlukan aku untuk memakainya. Walau pun kadang-kadang aku rasa berat dan rimas dengan topeng emosi ini.

??

5 comments:

hani~♡ said...

perghhh.. ;p

hani~♡ said...

misteri ini blogger.. xbole folow.. n gelap saja. hanya nampak cerita disebalik topeng hitam saja.. huhu

Bukan Malaikat said...

sekarang dah sedikit terang.

Sutera_suci said...

Kenapa nak pakai topeng untuk orang lain?

Atau memang pakai topeng untuk diri sendiri?

Bukan Malaikat said...

kalau dapat untuk aku buka topeng ini.
Cuma manusia-manusia lain lebih selesa ketika aku memakai topeng emosi sebegini.