Zon selesa yang melekakan

Masa ni aku sedang berada di zon yang selesa. Segala-galanya tampak mudah. Tanpa perlu aku kerahkan tulang empat kerat aku. Tanpa perlu aku bersusah payah memerah akal. Cukup selesa. Hingga aku rasakan tubuh ini cukup berat untuk digerakkan. Zon selesa ini membuatkan aku menjadi malas. Kurang cergas. Akal pun kurang berfungsi rasanya. Bila akal kurang berfungsi, itu tanda tahap pemikiran aku bakal menjadi rendah. Dengan kata lain, menjadi bodoh.

Aku perlukan sesuatu yang baru. Suasana baru. Cabaran baru yang membuatkan otak aku kembali bekerja seperti sewaktu aku berada di zon tidak selesa dulu.

Ramai manusia seagama disekeliling aku leka dengan zon selesa mereka masing-masing. Sampai lupa yang mereka sudah ketinggalan. Ketinggalan dari segi harta dan ilmu.Yang dibanggakan cuma cerita keagungan zaman yang dah berkurun berlalu sedangkan di zaman nyata ini cumanya menjadi pak turut dan mat jenin banyaknya.

Untuk kau dan juga untuk aku, jangan jadi leka. Jangan malas. Biar berani mencabar diri, jangan hanyut ditelan ilusi.

??

7 comments:

serenity said...

aku juga bencikan zon selesa. leka. hati selalu memberontak. malu pada sendiri tapi tak juga aku berganjak. semua gara2 terbiasa dengan zon selesa.




layout ini mudah sikit baca ^.^

ghost writer said...

kenapa aku belum pernah merasai zon selesa tuh macam mana...sebab tuh aku masih mencari zon selesa,mungkin lebih tenang.

Bukan Malaikat said...

Serenity; malu itu cuma perasaan yang kau rasa pada diri sendiri walhal sekitar mu cuma anggap ia biasa saja. Bukan begitu?
terima kasih kerana membaca.

Ghost writer; mungkin itu tanda kau sememangnya berdikari, sentiasa mencabar diri dan sentiasa merasa tidak puas dengan apa yang kau lakukan. Zon selesa kau berada di puncak. Bila kau sampai puncak, jangan leka tanpa memandang ke bawah.
Tapi itu cuma 'mungkin'.Kau mengenali diri kau sendiri.

catherine- said...

mari ikut aku. aku x selesa skng ni. mungkin kau boleh membantu. heyyy!! cergaskan otak mu!

Bukan Malaikat said...

baiklah. tunggu aku muncul di tempat mu. walau cuma mimpi.

Sutera_suci said...

Okey, i'll terai

Bukan Malaikat said...

Sutera Suci, semoga berjaya.