Aku yang buta

Hati aku ni gelap. Banyak noda. Ingin juga aku bersihkan, guna cahaya yang terang. Cahaya yang aku dapat guna dalam perjalanan menuju syurga.

Tapi aku seperti terpaksa menyukai kegelapan. Kerana, kegelapan itu tampak lebih rapat dengan aku. Lebih mesra. Ke mana saja kaki aku melangkah, di situ kegelapan sentiasa ada. Sentiasa aku lihat, sentiasa aku rasa.

Aku dikelilingi oleh kegelapan jiwa dan hati manusia yang dicipta si Penguasa langit dan bumi. Makhluk ciptaan yang memiliki sikap dan sifat malaikat sang penderhaka yang sombong pada si Penguasa langit dan bumi. Sikap yang degil dan egois pada undang-undang dan arahan si Raja yang duduk di singgahsana. Si Raja yang punyai kuasa mematikan dan menghidupkan sang penderhaka sejak mula alam ini dicipta.

Aku yakin kalian pernah tertanya, mengapa sang penderhaka itu tidak dimatikan terus wataknya? Mengapa diberi keistimewaan untuk hidup sebegitu lama? Bukankah malaikat derhaka itu golongan yang secara terang meludah makhluk ciptaan si Pencipta dulu? Apa natijah bila sang penderhaka itu dilenyapkan serta merta? Kalian berasa jiwa dan diri lebih bersih dan mulia? Pandang cermin tanyalah diri. Aku cuma mampu tunduk memandang bumi. Mencemuh diri sendiri.

Aku  manusia yang masih punya jiwa yang gelap. Yang selalu menjadi boneka kepada sang penderhaka. Yang masih mampu tersenyum, tertawa dengan kegelapan yang ada. Walau kaki tersandung, walau terjatuh, walau cuma mampu meraba bak si orang buta kehilangan tongkat, aku masih mampu tersenyum. Malah kadangkala aku tertawa. Apa aku gembira dengan kegelapan?

Aku juga inginkan cahaya sama seperti kalian. Aku juga mahu berada bersama kalian berdiri di depan pintu itu dan melihat Ridhwan membukanya untuk kita kelak.


"Aku bukanlah seperti Mikail yang tidak pernah mengukir senyuman sejak neraka itu dicipta si Penguasa langit dan bumi. Aku cuma manusia ciptaan si Penguasa yang bijak bistari. Manusia yang diletakkan pada darjat lebih tinggi dari Mikail. Darjat yang membuatkan aku kadangkala sombong, melebihi kesombongan Azazil."

6 comments:

Sutera_suci said...

Sedar masih terikat, atau tak sedar tapi memang sesat.

Pilih antara satu.

ghost writer said...

"aku seperti terpaksa menyukai kegelapan"

aku masih mampu melihat sedang orang lain tidak mampu melihat aku.

Lucifer said...

kata-kata perenggan terakhirmu memikat hati aku.

blog-tips-kurus said...

slm.
1st time ke sini, aku terkesima dalam terang! (^.*)

skandaLdariLangit said...

sedang dalam terang boleh tersadung kaki, apa lagi dalam gelita gelapnya.

Mawar Berduri said...

kesombongan yang membuatkan aku akan berada di bawah jagaan mikail.