Jarak dan masa

Jarak antara kau dan aku ketika ini adalah jauh. Jauh pada masa, jauh pada jarak.

Dan sekiranya kau masih mahu untuk berada lebih jauh dari yang sekarang ini tanpa sebarang ikatan, aku takkan mampu untuk bertahan. Aku sudah tidak mampu bertahan dengan jarak yang jauh seperti dulu. Akal ku diselaputi dengan pengalaman yang lebih condong untuk berwarna hitam pada kejauhan sebegitu.

Seperti masa yang sentiasa berjalan ke hadapan, tidak akan berhenti menunggu, apatah lagi untuk mengundur ke belakang.

Dan masa itu yang membedakan antara kita berdua rasanya.

***

4 comments:

Sutera_suci said...

Sekadar coretan di papan kekunci atau telah diluahkan kepada yang di sebelah sana?

ghost writer said...

malah rasa juga sudah berbeda.

othells said...

LDR tidak pernah menyatukan rasa.malah rasanya juga berbeda-beda seiring masa.ada musim yang tertuang.

Bukan Malaikat said...

Sutera, sekadar coretan. Belum bisa untuk diluah.

Ghost writer, bila rasa mula berbeda, aku akan mula untuk berundur.

Othells, putaran roda. kadang-kadang kita akan berada di puncak rasa. tidak lama akan berada di bawah.