Ada di antara malam

Ada di antara malam, turunlah para pemilik sayap-sayap yang menjadi payung pada manusia. Memenuhi ruang angkasa. Dengan membawa satu rasa dan khabar gembira dari langit. Cumanya, mereka juga bisa dingin. Dingin pada jiwa yang celaka.

Ada di antara malam, jiwa itu dipukul dihentak dipijak sampai tersungkur. Dongak kepala, pandang satu cahaya. Izrail sudah berlabuh bersiap rentap nyawa. Nadinya berhenti, jantungnya mati.

Tergantunglah jiwa di antara syurga dan neraka. 
Menunggu si Penguasa putus bicara.

Ada di antara malam, di pintu itu Ridhwan bertanya, kau mahu ke mana?
Aku mahu ke syurga.
Ridhwan paling muka dengan senyuman yang durja.

Ada di antara malam, di pintu itu Malik bertanya, kau mahu ke mana?
Aku tidak layak di syurga.
Malik hampa riaknya murka. 
Di bukanya pintu tinggallah jiwa bersama Zabaniah.

Dan ada di antara malam, jiwa itu kembali terjaga. Merenung dan memandang dunia nyata yang celaka. Lalu bangunlah dia merebut masa yang tersisa. Menanti gerombolan pemilik sayap penuhi semula ruang angkasa. Menagih sedikit cahaya.
Mungkin, ini buat terakhir kalinya.


7 comments:

L said...

bsyukurlah bila di cipta menjadi adam kerana mampu berjuang mencari 'satu malam'.

Pena Marhaen said...

aku takut terhentinya nafas sebelum ku hidu wangi malam itu.

aku takut terhentinya langkah sebelum ku jejak daerah indah itu.


aku takut segalanya.

skandaLdariLangit said...

tunggu sekejap!

aku belum bersedia.

tunggu sekejap!

amalku belum cukup sempurna.

tunggu sekejap!

*zap*

maaf. kini sudah tiba ajalnya. tunggu sekejap angan cuma.

Sutera_suci said...

Zabaniah tu apa?

Bukan Malaikat said...

Sutera Suci, zabaniah itu malaikat-malaikat yang bertugas di dalam neraka. Dipimpin oleh malaikat Malik.

Sutera_suci said...

Ooo..terima kasih atas penerangan.

ghost writer said...

gambaran yang sangat mengujakan namun lebih menakutkan.

di antaranya kita masih sambil lewa.