Irama sang bisu

Betapa gemersik alunan irama
Betapa syahdu melodi bergema
Masih kaku aku membeku
Irama nan syahdu nyanyian sang bisu
Jadi melodi mati pada hati.

Acap kali suara mempersona
Mainan lidah mengait kata
Buai diri terapung di udara
Sampai lupa apa itu tanah.

Tunggu.
Satu tika bila terkesima.

Tunggu.
Satu saat bila terhina.

Sedar diri bukan pegang nyawa.
Sedar hati bukan pegang mulia.

Tunggu.
Bila rasa apa itu jatuh.

Tunggu.
Bila jasad sudah terkujur.

Malaikat maut sudah sedia.
Sampai masa rentap jiwa.


3 comments:

maCy said...

nyawa jiwa mana..

salam aidilfitri..

Sutera_suci said...

Sembuhkan deritamu, dan teruskan langkah kakimu dengan gagah..

Kamu tidak sendirian di bumi ini dan kamu bukan hidup semata-mata untuk mengenang kisah lalu


Selamat Hari Raya :)

Bukan Malaikat said...

Macy & Sutera;

Selamat hari raya aidilfitri.