Nikah

Mereka. Sudah masuk ruang baru. Ruang bahagia, harapnya. Ruang yang menjadi impian setiap insan, pastinya. Aku gembira untuk mereka, semua.

Nikah, satu ikatan yang indah. Jika dulunya ada sentuhan dosa, kini ia sudah putar 180 darjah. Boleh aku katakan sebagai sentuhan pahala? Aku tidak tahu membahasakannya. Yang pastinya, nikmat cinta selepas nikah itu lebih nikmat dan bererti. Dan, nikah itu pun ibadat.

Tapi, aku sedar sesuatu. Di kala mereka semua kecap bahagia, aku semakin bersendiri. Aku menjadi sunyi. Ruang masa yang ada untuk aku dari mereka sebelum ini, rasanya sudah tidak ada. Itu sudah lumrah. Harap, ini cuma sementara bukan selama-lamanya. Satu masa nanti, aku juga mahu bernikah. Seperti mereka. Seperti kalian semua. Aku bukannya malaikat hingga menolak alam rumah tangga.

Aku tertarik mendengar khutbah jurunikah di dalam majlis baru ini. Satu dari ayat khutbah;

"Sekali kamu melafaz cerai, Arasy tuhan akan bergegar. "

Sejak dari manusia turun ke bumi, hingga masa ini. Tidak akan terkira berapa kali Arasy itu bergegar. Jika Arasy itu seperti rumah manusia, sudah lama ia roboh.

Pada mereka, dan kalian. Semoga bahagia sentiasa. Bahagia sampai syurga.

5 comments:

juwita said...

Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”


ayat pendek tu, sama maksudnya dengan yang ini kan:

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku..


nikah tu berat jugak kann.

pentaksir hati said...

bha..jgn kasi lama bro..kehkeh

pisau belati said...

nikah berat tanggungjawabnya...

maCy said...

Moga kamu, aku, mereka dan semuanya bahagia.. rasa selepas bernikah itu lebih membahagiakan bukan..

hanaahmad said...

nikah itu bagi aku adalah tanggungjawab, dan ia berat.