Langit senja

Kalian pernah lihat kaki langit waktu senja?
Saat matahari mulai hilang.
Saat kawanan burung pulang mencari sarang.
Ada warna jingga. Warna merah.
Aku sudah lama tiada melihatnya.
Sudah lama tiada menghayatinya.
Tiada menikmatinya.

Sengaja aku menghindarkan mata dari menatap semua itu.
Melarikan diri dari menikmati pemandangan itu.
Walau aku tahu ia suatu yang indah.
Walau aku tahu ia pernah buat aku terpesona.
Pernah buat aku rasa bahagia.

Langit senja itu masih membuat aku luka.

4 comments:

Sutera_suci said...

Kalau tak nak tengok langit senja, kamu boleh tengok gua purba.

maCy said...

adakalanya keindahan yg terpaut kenangan akhirnya membuahkan luka

Sutera_suci said...

Kamu dah lama tak menulis. Kamu sehat? Apa khabar?

Bukan Malaikat said...

saya ada. saya sihat. Terima kasih.