Dengan Mimpi Aku Mati

Terkadang, aku bagaikan mati dalam mimpi-mimpi yang tidak pasti. 
Larut dalam kesamaran hidup yang nyata.
Cukup dengan harapan, manusia ini boleh sahaja dipaut sengsara.
Dijerut dengan masa. 
Dan dihambat oleh rasa. 
Kemudian, kita ditertawakan oleh mata-mata dunia. 
Mata-mata yang sentiasa bersedia,
melontar batu-batu derita.

"Harapan mu itu setinggi gunung yang paling tinggi, bagaimana kau mahu sampai ke atas sana, sedangkan kau cuma merangkak tanpa bertaut pun pada tali-tali untuk mendaki. Dan kau jangan sekali-kali memasang angan untuk berlari. Sedangkan di bumi yang rata, kau cepat untuk lelah. Inikan pula gunung yang tinggi."

Terkadang, 
Aku hanya hidup 
selepas pintu-pintu mimpi itu tertutup.
Tanpa ada sisa-sisa udara nyata untuk aku hirup.

5 comments:

jhnrdzi said...

Dunia ini agak sukar jika semua hanya berpaksikan konspe realis tanpa memikirkan ada baiknya dalam ideal.

hanaahmad said...

aku selalu yakin dan percaya, aku tak perlukan mimpi untuk menggapai bintang di langit, cukup dengan kesedaran realistik dan usaha yang berterusan. teruskan hidup!

maCy said...

kalaulah mampu merasa enaknya mimpi sekejap cuma, barangkali motivasi untuk mendaki kembali meninggi.

semuanya bermula dengan angan-angan dan perasaan..

Pena Marhaen said...

aku ingin selalu bermimpi kerana realiti hidup aku adalah seorang pengalah yang mudah lelah

Bukan Malaikat said...

kalian. terima kasih.