Sesak

Akan ada satu ketika, bila kau menatap refleksi dirimu sendiri di cermin kaca, hatimu penuh dengan rasa amarah, kecewa dan ingin pupus dari dunia. Barangkali, pada saat itu, apa yang kau lihat di cermin kaca itu adalah seorang manusia yang berkepala keldai.

Dunia yang aku diami kini amat menyesakkan perasaan. Dipenuhi dengan manusia-manusia yang bukan manusia. Mungkin, aku patut beralih ke dunia lain.

3 comments:

Leeza dayasari [santai leeza] said...

bila refleksi diri..
adakala rasa bodohnya.. bodohnya diri ini terlibat dgn benda2 yg tidak sewajarnya dan melakukan kesilapan yg mudah.

broken_nigina said...

boleh join?

lavender harum wangi said...

manusia-manusia yang bukan manusia :(