Puji Keji

Cukuplah kau hidangkan aku secawan pujian.
untukku hirup dengan penuh kenikmatan
di sepanjang malam yang menyepi
dengan debar rasa tanpa erti.

Kau suakan aku sedulang kejian
manisan yang bersalut penghinaan
agar waras fikirku mati
dan dadaku gelumang rasa benci.

Mungkinnya benar
mereka telah lupa yang aku ini hanya manusia
meminta aku untuk terbang
sedangkan lupa
tubuhku tak pernah dilekatkan sayap.

1 comment:

Farhana Sukre said...

Puisi yang tajam.

Biar ku terima sahaja keji,
Kerana buat aku sedar diri.

:)